Assalamualaikum Semua !!!
Syukur Alhamdulillah AIA Public Takaful semakin Trending kat Malaysia ni !!!
Memperkenal Plan Terbaru yang mampu memberikan manfaat untuk para pekerja iaitu:
Pelan SMI (Small Medium Industri) khas untuk perlindungan para pekerja.
Sebagai majikan, anda tentu sedar bahawa pekerja anda adalah nadi utama syarikat anda bukan? Jadi adalah amat penting untuk menjaga kepentingan pekerja anda. Dengan menyertai pelan SMI kami, anda dapat memastikan kebajikan para pekerja anda terpeihara.
Untuk pengetahuan anda, pelan ini direka untuk menguruskan pelan-pelan manfaat pekerja dalam industri kecil dan sedrhana; terutamanya untuk 5-100 orang pekerja. Ia merangkumi semua keperluan manfaat pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, penyakit kritikal, dan kos perubatan yang makin meningkat.
Berikut adalah manfaat-manfaat bagi Pelan SMI:
Manfaat Asas Perubatan
Kemasukan Hospital- Kami menyediakan pelan kemasukan hospital untuk penjagaan para pekerja anda. Terdapat 4 pelan mampu milik yang menarik dengan had keseluruhan tahunan bermula dari RM10,000 hingga ke RM100,000. Ia dapat memberi anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesusia untuk pekerja anda.
Manfaat Asas Takaful Bertempoh Kumpulan
Manfaat Takaful Bertempoh- Manfaat ini memberi perlindungan kewangan kepada para pekerja anda sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka.
Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh- Sekiranya pekerja anda hilang upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran manfaat daripada manfaat ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.
Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian- Manfaat ini akan dibayar mengikut Skala Pampasan sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
Manfaat Perubatan Pilihan
Penjagaan Pesakit Luar- Rider ini memberi perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua klinik panel GP dan pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menikmati kemudahan penjagaan perubtan pesakit luar yang berkualiti. Berserta pelan kemasukan ke hospital, pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Manfaat Takaful Bertempoh Kumpulan Pilihan
Penyakit Kritikal- Penyakit yang serius boleh menyebabkan beban kewangan kepada pekerja anda. Selepas diagnosis penyakit kritikal, manfaat akan dibayar untuk membantu mengurangkan beban kewangan.
Manfaat Lain
- Akses untuk penjagaan perubatan tanpa bayaran tunai
- Rangkaian pembekal perubatan
- Pusat Panggilan 24 jam
- Pelan yang fleksibel
- Perkongsian lebihan
No comments:
Post a Comment