Faedah Memiliki Medical Card AIA AFG Takaful
Assalammua'laikum semua...!! Disini ingin saya kongsikan tentang kepentingan medical card (kad perubatan) dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekarang ni, tak dinafikan bahawa orang melayu semakin sedar akan kepentingan memiliki insuran. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan di laman-laman sosial, di dada-dada akbar, juga di berita-berita tentang 'sediakan payung sebelum hujan'..iaitu tentang betapa pentingnya medical card ini sebagai 'payung' kepada keluarga kita...
Tapi, macam mana nak tahu pelan medical card yang paling bersesuaian dengan keperluan dan dibawah kemampuan kita? dan yang paling penting dapat membantu/berguna ketika kita sangat-sangat memerlukan pertolongan? dan yang lebih utama kita mampu membayarnya setiap bulan... dengan erti kata yang lain ianya MURAH....
Di sini saya ingin mengetengahkan beberapa kekuatan & kelebihan yang dimiliki oleh medical card AIA AFG Takaful…Ini bukan bermaksud medical card syarikat-syarikat TAKAFUL yang lain tidak bagus… Tetapi cukuplah saya tekankan di sini hak anda sebagai pengguna; memilih medical card yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan kemampuan anda…
Apa yang AIA AFG Takaful tawarkan?
- Medical card yang selaras dengan kehendak syariah di mana medical card ini adalah medical card takaful yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984.
- Pelan yang ditawarkan oleh AIA AFG Takaful memiliki ciri-ciri fleksibel di mana client boleh memilih pelan yang dikehendaki mengikut kesesuaian dan kemampuan, di antaranya:
- Pelan: Peserta boleh memilih pelan Medical Card Stand Alone ataupun Medical Card Rider. Apakah kelebihannya?
- Medical Card Stand Alone – murah jika umur kita masih muda tetapi harganya meningkat mengikut peningkatan umur. Di samping itu, peserta boleh rebate income tax extra RM3000 daripada pelan perubatan ini.
- Medical Card Rider – Peserta perlu menyertai pelan Investment Link dan sertakan rider medical card bersama. Kelebihannya, Investment link memiliki Unit Deducting Rider di mana kenaikan harga Medical Card tadi ditampung oleh keuntungan pelaburan. Justeru customer enjoy the same contribution all the time. Sesetengah ejen kata medical card ni tak naik harga….
- AIA AFG Takaful merupakan satu-satunya syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical Card untuk Individu & anak-anak serta pelan individu & keluarga.
Untuk pengetahuan anda, semua syarikat takaful yang ada di Malaysia hanya menawarkan pelan individu. Iaitu untuk orang perseorangan...dan jika kita mahu ambil insurans untuk keseluruhan ahli keluarga kita, kkita terpaksa mengambil insurans satu persatu. Dan sudah tentu kos pembayaran juga adalah tinggi. Dan saya pasti, tak kesemua masyarakat kita hari ini mampu buat macam tu kan?
Jika ditakdirkan sakit, bolehkah kita memilih siapa di kalangan keluarga kita yang akan sakit? Jika kita hanya ambil medical card untuk diri kita sahaja, sanggup tak kita lihat penderitaan ahli keluarga kita yang lain sekiranya ujian sakit menimpa? Na’uzubillahi min zaalik…
Justeru AIA AFG Takaful mengambil inisiatif menawarkan family medical card; pelan untuk satu keluarga, tak kira berapa ramai ahli keluarga anda, anda hanya perlu membayar jumlah yang sama biarpun ahli keluarga bertambah*. Jimat kan?
Bagaimana dengan manfaatnya?
- Satu-satunya Takaful Medical Card yang tiada had limit keseluruhan. Asalkan polisi anda masih aktif, anda berhak claim tak kira berapa banyak sehingga akhir hayat kita.
- Had Tahunan yang tinggi; pelan satu pun sudah RM90,000, yang paling best jika ambil pelan keluarga, setiap individu memiliki had tahunan RM90,000. dan ianya tanpa had.... cthnya sekiranya pada tahun ini kita dah guna rm 30,000 thn dpn had tahunan kita ttp akan jd rm 90,000. begitu juga lah pada thn2 akan dtg.
- Tiada ko-takaful. Kebanyakan syarikat mengenakan ko-takaful. Apa maksudnya? Jika syarikat terbabit mengenakan 10% ko-takaful bermakna peserta takaful terpaksa membayar 10% daripada jumlah bil bergantung kepada maksimum yang dikenakan syarikat tersebut.. tetapi dengan medical card AIA Takaful tiada langsung caj ko takaful.Maknanya 100% bil hospital ditanggung oleh AIA Takaful sehingga ke amaun had tahunan keseluruhan mengikut pelan yang anda ambil.
- Boleh claim kos rawatan selepas keluar wad sehingga maksimum 120 hari. Ini memberikan masa yang lebih kepada pelanggan berbanding kebanyakan syarikat lain; ada yang hanya 31 hari sahaja.
- Guarantee renewal. Peserta masih boleh meneruskan pelan takaful biarpun dah buat claim.
- Servis yang cekap. Ini kerana AIA AFG Takaful tidak menggunakan pihak ketiga dalam menguruskan claim dan sebagainya. Ini mempercepatkan proses dan memudahkan claim
Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain yang boleh dikongsi. Semoga keterangan ini dapat membantu saudara sekalian!!!
No comments:
Post a Comment